Monday, March 28, 2011

KST ~ DBKK

Budak2 form 3 mesti ada yg da start wat KST an ? klau kat sabah its about DBKK .. so, here's sumtin yg agak usefull .. hhe,

Visi dan misi
Visi
Menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandaraya peranginan semulajadi dengan pembangunan yang mampan, mesra dan sejahtera menjelang 2020.
Misi
  • Mengurustadbir Bandaraya Kota Kinabalu melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan profesional untuk kesejahteraan masyarakat serta pembangunan yang seimbang.
  • Perkhidmatan Cemerlang Diutamakan

[sunting] Moto

Perkhidmatan Cemerlang Diutamakan

[sunting] Ahli Lembaga Penasihat

Ahli Lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ditubuhkan untuk membantu Mayor selaku penasihat dalam apa juga persoalan berkaitan dengan pentadbiran Bandaraya Kota Kinabalu yang telah ditetapkan oleh Ketua Menteri melalui perintah atau dirujuk terus oleh Ketua Menteri ataupun Mayor. Senarai sembilan orang Ahli Lembaga Penasihat berserta dengan jawatan yang disandang adalah seperti berikut:-
AHLI LEMBAGA PENASIHAT JAWATAN YANG DISANDANG
YBHg. Datuk Pg. Hassanel bin Datuk Pg. Mohd. Tahir Perancangan Kewangan Korporat Dan Ekonomi Bandaraya
Perundangan dan Penguatkuasaan
YBhg. Datuk Awang Buhtamam Ag. Mahmun Perniagaan dan Penjaja
YBhg. Datuk Haji Nordin Siman Perancangan Korporat dan Pembangunan Modal Insan
YBhg. Prof. Francis Wong Yit Shing Perancangan Pembangunan Fisikal dan Teknikal
YBhg. Datuk Hajah Hamidah Haji Yusof Perkhidmatan Dan Kesejahteraan Bandaraya
YBhg. Datuk Nancy Ho Pelancongan, Kebudayaan dan Perhubungan Antarabangsa
PENGENALAN[JPSM]
Selaras dengan kenaikkan taraf Majlis Perbandaraan Kota Kinabalu ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 2 Februari 2000, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia telah dibentuk hasil daripada gabungan 2 bahagian utama iaitu Bahagian Perjawatan dan Bahagian Latihan. Pengabungan kedua-dua bahagian ini bersesuaian dengan taraf Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang ingin memastikan semua keperluan kerja dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Dengan kewujudan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia ini adalah untuk memastikan pelaksanaan polisi dan isu-isu berkaitan perjawatan, gaji, saraan, pencen, imbuhan, disiplin, tatatertib, kemajuan kerjaya dan pembangunan anggota seperti penyerapan, pengesahan, kenaikkan pangkat, pertukaran anggota dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama dan dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Pengurusan Sumber Manusia.
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia akan memastikan operasi jabatan ini akan berada di tahap yang lebih maju kehadapan dengan memperkenalkan konsep yang lebih baik sesuai dengan suasana kerja masa kini yang lebih mencabar. Perkara ini akan menjadi satu strategi dan diberi keutamaan oleh Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dalam urus tadir organisasi secara keseluruhanya.
Untuk mencapai strategi ini, beberapa langkah telah diambil dengan memperkenalkan bahagian baru yang dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Organisasi. Objektif kepada penubuhan bahagian ini adalah untuk memberi penekanan kepada:
Pembangunan struktur organisasi dan pembangunan anggota, proses dan sistem baru, memastikan polisi dan kualiti yang mantap serta perancangan strategik. Perkara ini akan melibatkan beberapa bidang seperti Pencapaian Pengurusan, tahap kecemerlangan jabatan, dan proses kemajuan dalam organisasi mahupun anggota itu sendiri.
Bahagian ini akan memastikan segala aktiviti yang dijalankan akan menyumbang kearah kebaikan dan memastikan polisi dan prosidur yang jelas serta peningkatan kearah budaya kerja yang baik. Sesetengah program yang diatur dijalankan akan dinilai bagi pengumpulan data agar sebarang masalah yang timbul akan dapat dikenalpasti dan seterusnya penyelesaian kearah masalah tersebut.
Untuk lebih memodenkan fungsi jabatan, nama Bahagian Perjawatan telah ditukar kepada Bahagian Kemajuan Kerjaya dan Bahagian Gaji dan Saraan ditukar kepada Bahagian Saraan, Pencen dan Kemudahan. Perubahan ini adalah perubahan kepada sistem pengurusan yang lama kepada pengurusan yang lebih peka kepada kehendak dan keperluan yang sentiasa berubah-ubah.
Hasil dairpada pembentukan dan perubahan ini, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia kini beroperasi dalam empat bahagian utama iaitu:
*Bahagian Pembangunan Organisasi
   *Bahagian Latihan dan Pembangunan
   *Bahagian Kemajuan Kerjaya
   *Bahagian Saraan, Pencen dan Kemudahan.
Fungsi/Objektif
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia akan memberi perkhidmatan yang luas meliputi khidmat nasihat kepada pengurusan dan anggota DBKK yang berkaitan dengan isu pengurusan anggota termasuk syarat lantikan dan polisi pembangunan serta yang meliputi perkara seperti:
-Bahagian Pembangunan Organisasi
Bahagian Pembangunan Organisasi berperanan dalam aktiviti yang melibatkan antara lain perkara berikut: pembentukan atau pembatalan program/aktiviti, Pembentukan atau pembatalan jawatan/gred, Perancangan penilaian tenaga kerja, Polisi Kualiti, Proses dan tahap penilaian, Pembangunan Info Sistem dan Kemajuan IT (HR Online, HRIMS Database, Employee Profile, Employee Skil Database). Selain itu, Bahagian ini juga memainkan peranan dalam kajian seperti Job Analysis, Performance Analysis, Competency Analysis, Performance Gap Assessment, seterusnya pemantauan Piagam Pelanggan, Indeks Pengukuran Prestasi (KPI) dan MS ISO.
-Bahagian Kemajuan Kerjaya
Bahagian kemajuan kerjaya bertanggungjawab kepada urusan perjawatan yang berkait rapat dengan pengambilan pekerja, pemilihan dan pelantikan, pengesahan, pertukaran kepada taraf perjawatan tetap dan berpencen, kemajuan kerjaya, kenaikkan pangkat, kaunseling, disiplin, tatatertib dan lambaga hal ehwal anggota.
-Bahagian Latihan dan Pembangunan
Polisi pembelajaran dan pembangunan, program pelaksanaan dan koordinasi latihan (dalaman dan luaran) untuk semua pegawai, anggota dan warga Bandaraya Kota Kinabalu. Antara aktiviti yang dirancang oleh Bahagian ini adalah seperti membangunkan, menjalankan dan menilai aktiviti latihan seterusnya pembangunan polisi serta prosidur latihan. Membangunkan dan menjalankan program latihan, penyediaan program / kalendar tahunan latihan, penyediaan laporan selepas latihan/kursus, menyedia dan mengemaskini jadual latihan, menyediakan data latihan/kursus, penyediaan borang penilaian latihan/kursus, kajian kehendak latihan/kursus, kajian keberkesanan laitihan/kursus, mengumpul dan menilai laporan latihan/kursus dan urus setia kepada Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan bagi Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Sabah.
-Bahagian Saraan, Pencen dan Kemudahan
Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan apa sahaja perkara yang berkaitan dengan faedah persaraan dan kemudahan seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dari masa ke semasa seperti Pergerakan Gaji, bonus. Sebagai tambahan, melaksanakan dasar penghargaan seperti yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan DBKK seperi Anugerah Mayor, Biasiswa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Subsidi Perumahan dan Subsidi kenderaan.

Pengenalan[korporat]
Jabatan Hal Ehwal Korporat bertanggungjawab ke atas pentadbiran am dan penyelarasan acara-acara rasmi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan kemasyarakatan, perhubungan awam, media massa, lawatan, pengembangan pelancongan dan kesenian serta pengurusan aduan awam. Selaras dengan peningkatan tanggungjawab, jabatan ini mempunyai tiga bahagian utama yang masing-masing diketuai oleh Pegawai Tadbir Gred N41. Fungsi/Objektif
JABATAN HAL EHWAL KORPORAT DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

FUNGSI DAN OBJEKTIF JABATAN
OBJEKTIF JABATAN

1) Mewujudkan sistem pengurusan korporat yang cekap dan berkesan. 2) Mempertingkat dan menonjolkan imej korporat untuk DBKK.
3) Menyedia dan menyokong sistem pelayanan masyarakat setempat.
4) Menyedia dan membekalkan kelengkapan/bekalan untuk anggota DBKK dengan adil dan berhema.
FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT
UNIT URUSETIA

1) Mengurus dan memproses keperluan-keperluan mesyuarat:

· Menerima tempahan bilik dan penjadualan mesyuarat.
· Mengurus keperluan pencatit dan penjadualan pencatit minit.
· Mengurus pengesahan kehadiran mesyuarat.
· Menyelaras tindakan susulan mesyuarat
2) Mengurus rekod jawatankuasa-jawatankuasa:

· Menyimpan dan mengemaskini keahlian jawatankuasa
· Menyimpan dan mengemaskini komposisi jawatankuasa

3) Urusetia kepada semua mesyuarat yang dipengerusikan oleh Mayor, Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah (Korporat)

UNIT BEKALAN DAN INVENTORI
1) Mengurus perolehan bekalan.
2) Mengurus proses pembelian dan pembayaran di bawah kawalan JHEK.
3) Mengurus kawalan stor dan inventori untuk peralatan alat tulis, perabot dan bahan keperluan pejabat lainnya. 4) Mengurus keperluan pakaian seragam anggota. 5) Mengurus vot perbelanjaan Jabatan Hal Ehwal Korporat

UNIT REKOD DAN KUALITI
1) Urusan penerimaan dan penghantaran (pos/hantaran tangan). 2) Penerimaan dan penghantaran dokumen-dokumen berperingkat.
3) Pewujudan, penyimpanan, pengedaran, pemindahan dan pelupusan rekod-rekod awam (fail). 4) Mengurus percetakan dan penjilidan dokumen. 5) Membantu pemantauan pelaksanaan dasar dan kualiti DBKK. 6) Urusetia Jawatankuasa kualiti DBKK.

FUNGSI BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM

UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN
1) Menerima serta mengurus aduan awam.
2) Mengumpul, menyimpan, merekod dan menyediakan maklumat DBKK dan juga bahan bacaan terimaan.
3) Merancang dan mengurus program-program penyebaran maklumat. 4) Menyedia dan mengawal semua dokumen bergambar DBKK.
5) Menyedia dan mengedar maklumat-maklumat khusus DBKK untuk kegunaan am.

UNIT PROTOKOL DAN KERAIAN

1) Mengurus penganjuran dan penyelarasan acara-acara rasmi, lawatan dan perayaan yang membabitkan bandaraya Kota Kinabalu dan DBKK.
2) Mengurus kebersihan dan susunatur pejabat, dewan bilik-bilik, mesyuarat dan ruang-ruang legar DBKK. 3) Pengurusan telefonis. 4) Pengurusan sajian/jamuan.
UNIT KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

1) Merancang dan menganjur aktiviti sosial dan kebudayaan di Bandaraya Kota Kinabalu.
2) Mengurus kelengkapan peralatan bagi acara/aktiviti termasuk alat siaraya dan pengacara majlis.
3) Mengurus persembahan dan latihan acara-acara kebudayaan dan kesenian:
a. Kerabat Kesenian DBKK b. Kumpulan Koir DBKK c. Kumpulan Kompang DBKK d. Kumpulan Bunga Manggar DBKK
Pengenalan[KEWANGAN]

Jabatan Kewangan & Belanjawan dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu :
- Bahagian Kewangan & Belanjawan
- Bahagian Pelesenan
Jabatan ini diketuai oleh seorang pengarah dan dibantu oleh seorang Bendahari Kanan dan Ketua Bahagian Pelesenan bagi melaksanakan fungsi-fungsi jabatan ini.

Visi Jabatan
Jabatan Kewangan dan Belanjawan yang menyediakan sistem perakaunan yang efektif dan sistematik serta pengurusan kewangan yang berorientasikan teknologi maklumat

Misi Jabatan
Untuk mentadbir dan melapor kewangan selaras dengan arahan kewangan dan hala tuju DBKK untuk kepentingan orang awam dan organisasi Fungsi/Objektif

Objektif dan fungsi Jabatan Kewangan & Belanjawan adalah seperti berikut :
Objektif
- Memastikan perancangan dan penyediaan dasar kewangan dibuat dan dilaksanakan selaras dengan Misi dan Visi DBKK ke arah pengurusan kewangan yang selesa dan autonomi
- Memastikan pengurusan kewangan dikendalikan dengan efektif dan teratur
- Memastikan penggunaan sumber kewangan dan lain-lain sumber dibuat pada tahap optima.
- Memastikan sistem pungutan hasil dan pembayaran yang efisien, mesra dan teratur pada setiap masa
- Memastikan laporan kewangan dibuat dengan teratur dan menepati masa
- Memastikan keberkesanan kawalan ke atas belanjawan, aset dan stor

Fungsi
- Mengendalikan urusan dan tindakan berkaitan dengan perancangan dan penyediaan dasar kewangan dan menyusul pelaksanaannya
- Mengendalikan pengurusan kewangan dan akaun
- Memungut semua hasil, deposit dan lain-lain pembayaran yang berpatutan dan dibankkan serta diakaunkan
- Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran dan mengemaskini semua rekod
- Membuat pembayaran patut dan memastikan semua rekod pembayaran adalah disimpan untuk audit
- Menyedia dan mengawal secara menyeluruh belanjawan tahunan
Pengenalan[PENILAIAN]
PENGENALAN JABATAN PENILAIAN
Jabatan Penilaian telah diwujudkan di MPKK sejak tahun 1985 lagi dan diterajui oleh Jurunilainya yang pertama iaitu Encik Ronnie Lim, sehinggalah pada 20 Jun 1991. Encik Lim kini telah berhijrah ke Australia. Pada ketika MPKK dinaik taraf ke Dewan Bandaraya pada 2 Februari 2000, Bahagian ini telah diletakkan dibawah pengendalian Jabatan Kewangan dan Belanjawan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Memandangkan penambahan tanggung-jawab, iaitu dari segi volume dan skop kerja / tugasan, Bahagian Penilaian telah dipisahkan dari Jabatan Kewangan dan Belanjawan dan dinaik taraf menjadi sebuah Jabatan berkuatkuasa dari 1 November 2003.
Jabatan Penilaian kini diketuai oleh Encik Lifred Wong selaku Pengarah Penilaian dengan jentera kerja seramai 30 orang anggota perkhidmatan dan terbahagi kepada 4 Bahagian iaitu :-
  • Bahagian Penilaian Hartanah Hartanah Kerajaan, Komersil, Hartanah Khas (Loji & Jentera) & Pengurusan Data (Spatial & Non-Spatial) Hartanah Berkadar
  • Bahagian Penilaian Hartanah Perumahan, Pengesahan Hartanah, Polisi Jabatan, Bajet & Perintah Kadar
  • Bahagian Penilaian Hartanah Leisure, Perindustrian, Tanah Kosong
  • Bahagian Pentadbiran
Fungsi/Objektif
FUNGSI JABATAN
Penilaian
* Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diperuntukkan 
di bawah Seksyen 56, Bahagian X Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dan Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan
* Bertanggungjawab menguatkuasakan Seksyen 98, Ordinan Kerajaan 
tempatan 1961 iaitu berhubung dengan pengesahan sebarang aktiviti (transaksi, caj dsb.) ke atas hartanah berkadar.
* Bertanggungjawab menyediakan Perintah
Kadar Tahunan untuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
   * Bertanggungjawab menambah baik kaedah, pendekatan serta
standard bidang penilaian terutamanya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
   * Bertanggungjawab mencari sumber hasil 
pendapatan alternatif yang wujud atas penggunaan tanah secara optimum.
* Bertanggungjawab menyediakan maklumat hartanah berkadar kepada Natinal 
Property Information Centre (NAPIC) dan Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI).

Pentadbiran
* Bertanggungjawab menyimpan, menyelenggara dan mengemaskini 
semua maklumat hartanah berkadar yang dihasilkan serta digunakan oleh Jabatan Penilaian.
* Bertanggungjawab memastikan aktiviti kerja di
Jabatan Penilaian berjalan dengan lancar.
   * Bertanggungjawab memastikan penggunaan tenaga kerja 
yang optimum daripada anggota perkhidmatan di Jabatan Penilaian

OBJEKTIF JABATAN
*
     Bertanggungjawab dalam pengurusan serta mengimplementasikan
senarai penilaian untuk maksud cukai kadaran.
   *
     Memastikan Pangkalan Data Hartanah Berkadar diselenggara 
dan diurus dengan efisien.
*
     Untuk mendapatkan faedah ( ketara / tak ketara ) yang
timbul daripada penggunaan tanah yang optimum
Pengenalan[PENYELIDIKAN]
JABATAN PENYELIDIKAN DAN KORDINASI (JPK)
PENGENALAN Mula ditubuhkan pada tahun 2001 dan kini mempunyai kekuatan anggota seramai 20 orang
Visi Jabatan Mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat di bandaraya Kota Kinabalu melalui pengalaman pembangunan mampan secara holistik
Misi Jabatan
Menjadi pusat kecemerlangan dan perkongsian pintar Local Agenda 21 (LA21) di Bandaraya Kota Kinabalu Fungsi/Objektif Objektif Jabatan
*
     Untuk mencapai visi dan misi DBKK
   *
     Untuk menyediakan sumber maklumat bagi DBKK

Fungsi Jabatan
*
     Merancang, melaksana dan menyelaras penyelidikan bagi mencapai aspirasi DBKK
*
     Mengumpul data-data mengenai pertumbuhan pembangunan bandaraya
infrastruktur dan statistik isu-isu sosial dan ekonomi untuk kemudahan maklumat rujukan bagi tujuan pentadbiran bandaraya dan keperluan masyarakat
*
     Mengadakan pameran untuk menyampaikan maklumat
yang perlu diketahui oleh masyarakat mengenai bandaraya
*
     Melaksana dan menyelaras program LA21 untuk menggalakkan penyertaan komuniti tempatan dalam perancangan dan pelaksanaan 
program pembangunan sosial, ekonomi dan alam sekitar

Pengenalan[PENGUATKUASAAN]
Bermula sebagai Bahagian Penguatkuasa DBKK pada 17 Disember 1983, Jabatan Penguatkuasa telah ditubuhkan pada bulan Disember 2003.
Jabatan ini terdiri daripada beberapa Bahagian iaitu:
1) Bahagian Pentadbiran 2) Bahagian Kompaun, Siasatan dan Pendakwaan 3) Bahagian Operasi Khas 4) Bahagian Setinggan dan Trafik 5) Bahagian Luar Bandar 6) Bahagian Kawalan Keselamatan dan Latihan

MATLAMAT
Meningkatkan mutu penguatkuasaan ke arah yang lebih profesional, dedikasi dan bertanggungjawab sejajar dengan misi dan visi Dewan Bandaraya Kota KinabALU. Fungsi/Objektif
OBJEKTIF

Objektif utama jabatan ini adalah untuk menguatkuasakan undang-undang kecil dan undang-undang lain yang digunapakai serta peraturan-peraturan DBKK selaras halatuju Mayor Bandaraya Kota Kinabalu untuk menjamin keselamatan, keindahan dan kebersihan Bandaraya Kota Kinabalu.

FUNGSI
Jabatan ini bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang yang digunapakai oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta mengawal harta benda DBKK.



Itu ja yang iQ jumpa for now .. so, hopely its usefull !! amin~! jgn sia2 lak .. hehe,

Thursday, March 24, 2011

✖Mamat Kerek menyakitkn hati

Urgh ! sakit gila ati iQ skrg ky .. huh~!
ada sorg mamat nie, kwan iQ la jgk ..
iQ ckp bek2 aw ngn dea .. bw chat ..
tpi, dea blas lak ngn blasan yg sgt3 mnyakitkn ati ..
Sengal ! Bajet ! ingt kau ktua aq Cuak ar ?
Satu cntih yg xbek ole sorg ktua ..
nyakitkn ati btul !!
org nak bbaik2 .. dea leh plak ckp org sebook ..
kurex btul !!
urgh !!
mamat kerek mmg mcm tu an ?
minta puji ja lbih !!

Saturday, March 19, 2011

✖For my Friends

✖ Friendship ✖


 Friends are very special to me ..<3
and i love them so much ..


they're always there for me ..
sharing happinest and sadnest..


everyone is my special friend .. muaxt.


I Love You guys !
thanks/.

muaxt ! iQah syg korg sngat2 ..
Love you sygss ..

<3

✖Stressz Out !

adoOi..
Stress !!

Homework blum siap lgi ,.
and worst ! kerja2 utk klas pun blum ready lagi !!
esok da buka skolh da !!
Ya Allah !! huhu,


i'm so dead !!
so, ari nie .. no mather what !!
i'm gonna try finishing it !!
i dunt know whats wrong with me !
i'm not such a normal girl !!
Oh.Em.Gee !

urgh !
Hopely today, i manage to finish all of my task !
so, no going anywhere for me !

huhua @!!!

Thursday, March 17, 2011

✖"Hikayat Merong Mahawangsa"✖

Urmz .. halu2 chocomilou !
whats up ? ceh ..
haw waw youe ?

Tadi iQ p tgok wyang wif my family ..
kitorg tgok wyang ..

"Hikayat Merong Mahawangsa"
filem nie mmg terbaek !
Tak rugi gi tgok ..

Filem nie more to action ..
banyak bahasa yg dgunakn ..
70% english and 20% old malayan ..
wif 10% of chinese and Indian ..
kira 1Malaysia jgk la ..

Lgipun, actor and actress dea mmg tbaik !!
mcm real2 zman dlu2 ..
Stephen Rahman and Gavin Stenhouse ..
Merong and Marcus ..
dorng mmg terbaek lah !!
mcm real drg blakon aw !

Filem nie wlaupun more to action..
ada gak la unsur2 romance ..
Tpi, skit ja lah ..

yg pling iQ suka psal Filem nie iz the Moral Value ..
1)psal kpimpinan ..
well, iQ kn pemimpin pelajar kt skolah ..
when iQ tgok filem nie ..
tgOk "kesemangatan" drg mw perang ..
lpas Raja drg bgi smangat ..
rsa mcm kagum lak ngn drg ..
Kpandaian drg ..
wlaupun awal2 drg skit ..
tpi, drg boleh kasi kalah ahli Garuda yg rmai !!
pergh ! terbaek ..
2) klau tgok wyg and xckp psal romance bkn iQ la nmanya ..
ad gak unsur2 ..
Benci lma2 cinta..
haha, well .. ekhem .. xnk ckp lbih2 la psal nie .. :p

apa pun .. filem nie mmg terbaek dri ladang !
Congrats to KRU for this magnificent movie ever !
lpas nie hrap2 ad la ..
Hikayat Putera Shazlan ka ..
Hikayat Puteri iQah ka ..
Ceh ! ada ka ?? haha ..
Perasan la iQ nie !!
wtv la kn ?!

Saturday, March 12, 2011

I've Fall in Love wif "Hzim"

Yes ! I've fall in  with Hzim !
Well, Hizm Bkn nma dea .. its just as a samaran ... haha,
I cant take my mind of him ! Oh.Em.Gee !! 

know why ? 
sbb Dea Caring ssangat ! Hzim . very2 nice to me !
well, wlaupun dea now 19 and i;m just 15 .. so what right ?!
urm, tpi, i wont tell him my real feeling .. 
for now, we're just friend ,.! Good friends !

Now . Half Sem. Holiday .. For a week !! 
Oh. Em. Gee !! I Miss Him !!
I Miss when he called my Full name !! huh,,
Recently . i dream about him a few times ..
urm ! and i think of him always !!
He? urm, unknown !! 
and unwanted to know ! hehe,

Whatever it is .. I MISS HIM ! 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm a converse princess

Link3 .. Jom share link sayangs